Sunday, 1 May 2011

BAB 9

Beberapa bulan kemudian

"Alamak macam mana nak balik ni? Siapa nak hantar?" tanya Mira mundar-mandir dalam rumah kawan sekuliahnya, Lyana. "Haa....try call Tengku Ahmad. Kau agak-agak dia boleh tolong tak?" "Entah. Try la call" jawab Lyana. "Aku sms je la"

Salam. Awk kat mana? mintak tolong sket boleh tak? Amek saya kat umah Lyana

tettt..tettt... 1 message received

Salam. boleh tunggu kejap

Tak lama selepas itu.. "Assalamualaikum!" kedengaran ada orang memberi salam. "Eh takkan dah sampai? Cepatnya" Amira berlari membuka pintu. Ternyata betul Tengku Ahmad dah sampai tersengih-sengih. 'Jom la!" panggil Tengku Ahmad. Amira tersenyum-senyum depan pintu "Errr..awak, kenapa awak datang dengan vespa?" tanya Mira..demand pulak minah ni. Nasib baik orang nak tolong datang ambil je. "Kenapa? Awak tak naik vespa ke?" tanya Tengku kehairanan. "Errr...bukan tak naik tapi........segan la nak naik" jawab Mira teragak-agak. "Kejap saya pergi tukar motor. Awak tunggu". 

Amira naik balik ke tingkat atas lepak di bilik Lyana. "Kenapa tak balik lagi?" tanya lyana. Bukan niatnya menghalau kawannya balik tapi kehairanan sebab tadi Mira beria-beria nak balik. "Dia pergi tukar motor..Ada ke datang naik vespa. Malu lah aku nak naik". "Hahahaha..naik je laa..apa susahnya" " Kau la naik. Malu la aku naik vespa. Nanti semua pandang..hahahaha" Amira turut tergelak sama. "Sanggup pulak si Tengku tu pergi tukar motor sebab kau" "hehehe...dah aku beria-ria tak nak naik"

Selang 15 minit kemudian, " Assalamualaikum" "Haa...tu dah sampai. Aku balik dulu tau". Amira bergegas turun mendapatkan Tengku yang menunggunya di hadapan gate. "Motor ni boleh?" tanya Tengku. Mira hanya tersengih dan mengangguk tanda boleh. Sampai di rumah Amira, "Keluar minum nak?" tanya Tengku. "Dah lewat la..lain kali kita keluar minum. Anyway, terima kasih sebab tolong ambil dan hantar saya balik".

Bermula dari kejadian itu, Amira dan Tengku Ahmad saling berhubung melalui sms dan panggilan telefon. Kalau ada masa terluang mereka akan keluar lepak bersama. 

Sehingga lah pada suatu hari.....Tengku Ahmad membuat kejutan. " Awak ada boyfriend tak? Kalau saya nak  lebih dari kawan macam mana? Kira saya tengah porpose awak la ni" Tengku berterus terang. Amira terdiam sambil otaknya menyusun kata-kata. "Saya baru break off dengan boyfriend saya. Pasal soalan awak yang ke dua tu, boleh tak bagi saya masa?". "Ok, saya bagi awak fikir tapi saya nak jawapan dalam masa 3 hari je". "3 hari? Biar betul" Amira bertanya tapi hanya di dalam otaknya sahaja. "Saya tak nak buang masa dan lepas ni saya nak fokus untuk final exam" ujar Tengku lagi. "Ermm.....nanti saya fikir macam mana" jawab Amira lagi.


****************

Amir berbaring sambil memikirkan Tengku Ahmad. Adakah dia patut menerima lamaran Tengku Ahmad? Tidak terlalu singkat ke perkenalan mereka? Tempoh 3 hari terlalu singkat dia rasakan. Bukannya untuk membeli sayur di pasar atau pun membeli handphone tapi 1 keputusan besar untuk memulakan satu perhubungan. Amira tidak mahu lagi perhubungan untuk kali ini bakal kecundang seperti yang sebelumnya. Dia sendiri tidak pasti dengan keputusannya.

Tettt...tettt.... 1 Message received

Macam mana? Awak dah buat keputusan?

"Eh..belum pun 3 hari lagi dah tanya" ngomel Amira sendirian.

Tak sampai 3 hari pun lagi


Saya tak nak tunggu lama-lama


Tak sampai pun 3 hari, Amira memberi jawapan "Ya". Bermula lah perhubungan Amira dan Tengku sebagai sepasang kekasih tapi secara sembunyi. Tanpa pengetahuan orang lain. Tiada sebab tapi Amira belum sedia menghebahkan perhubungannya dengan Tengku. Biarlah masa yang menentukannya.


ADAKAH PERHUBUNGAN AMIRA & TENGKU AHMAD AKAN BERJAYA?
IKUTI SAMBUNGAN DALAM BAB SETERUSNYA


KORANG SUKA?

;;