Sunday, 6 December 2009

BAB 8

Masa semakin berlalu…Perasaan Amira terhadap Haris semakin mendalam..Sehinggakan Fizan kurang menyenangi sikap Amira itu. “Mira, abang tak suka Mira rapat sangat dengan Haris tu”. “Nape plak? Dia kawan baik Mira..Alaa..demokrasi la sket..takkan nk berkawan pun xboleh” “Bukan tak boleh berkawan tapi abang tak suka Mira rapat sangat dengan dia”. Mira tidak mengendahkan perasaan dan nasihat Fizan ketika itu..Baginya, tidak bermakna hidupnya tanpa Haris..Orang yang sentiasa berada dalam hatinya..Orang yang sentiasa membuatnya tersenyum dan membahagiakannya.

Ketika keluar dengan Fizan, Mira masih sempat b’sms dengan Haris.
“Mira sms dengan sape?” “Dengan Haris”..Dengan selamba Amira menjawab pertanyaan Fizan tanpa perasaan bersalah. Air muka Fizan mula berubah..tapi semua itu tidak penting buat Amira.
Sehingga pada suatu hari, tanpa Amira sedari dia telah melukakan hati seorang lelaki yang betul2 ikhlas menyayanginya.. “Mira, tak boleh ke Mira lupakan Haris tu? Kalau Mira nk berkawan ke, nak ade kawan baik ke, Mira kawan dengan abang..Abang jadi kawan baik Mira. Tak payah Mira nak cari-cari orang lain” “Abang ni kenapa? Abang ingat senang ke nak lupakan macam tu. Abang tau tak, tanpa Haris, Mira rasa hidup Mira kosong..Tak bermakna hidup Mira tanpa dia” “Kalau diberi pilihan, antara Abang dan dia, Mira pilih siapa?” Tanya Fizan..Mira terdiam seketika..”Kalau diberi pilihan, Mira akan pilih Haris..Mira tak sanggup kehilangan dia” jawab Mira dengan bersungguh-sungguh..

Kejam..Amira bersikap kejam kepada Fizan..Dia terlalu mengikutkan perasaan. Sedangkan Haris..hanya memendam perasaan yang terluka. Kerana terlalu sayangkan Amira, dia menerima apa jua yang dilakukan oleh Amira. Fizan pernah meluahkan perasaan itu kepada teman sepejabatnya..
“Linda, kalau aku Tanya kau sesuatu boleh tak?” Tanya Fizan dalam keadaan yang kusut. “Tanyalah..apa dia?” “ Apa yang kau rasa bila orang yang kau sayang bagitau kau dia tak boleh hidup tanpa lelaki lain. Maksud aku, lelaki tu kawan baik dia. Pastu jika diberi pilihan orang yang kau sayang tu akan pilih lelaki tu.tapi tak pilih kau. Patut ke dia cakap macam tu?” “ Hey!!! Mana boleh! Kau boyfriend dia..lelaki tu Cuma kawan baik dia. Tak patut dia cakap macam tu.” Linda pula yang emosional. “Entah la Linda..aku dh tak tahu nak cakap apa”. Fizan hanya mengeluh kecewa dan kesal dengan apa yang Amira lakukan.

Bermacam-macam cara yang Fizan lakukan untuk membuat Amira bahagia. Tiada apa yang membuatnya bahagia selain membuat Amira ketawa. Sedangkan Amira?? Lain pula situasinya..Amira berusaha untuk terus mendekati Haris..menemani Haris, membuat Haris ketawa bahagia. Amira sudah membuat perancangannya sendiri..Dia memikirkan cara untuk menjauhi Fizan…Menjauhinya secara perlahan-lahan.Dia sudah tidak mampu menipu diri sendiri lagi..Biarlah Fizan terluka sekarang, daripada terluka suatu hari nanti.

Amira agak sunyi..kadang-kadang terasa cemburu melihat pelajar-pelajar lain. Masing-masing ada pasangan satu kampus. Ingin rasanya seperti mereka semua. Tapi Amira hanya buang perasaan itu jauh-jauh. Kawan-kawan lah teman Amira. Walaupun tiada orang tersayang di sisi.
“Wei, jom pegi econsave..beli barang..beli barang dapur..” kata Mas. “Jom! Tapi nak pegi dengan ape?” Tanya Anom. “Alaa…ko sms Min..mintak pinjam motor dengan budak rumah dia tu” Mira menyampuk. Setiap kali ingin menggunakan motor, mereka akan meminjam motor-motor dari teman serumah Min. Min merupakan salah seorang classmate mereka. Melalui Min, mereka semua mengenali kawan-kawan baru.. Teman serumah Min.
Daripada situ, Amira mula mengenali seseorang iaitu Tengku Ahmad.. Amira sering kali meminjam motor daripadanya. Tengku Ahmad seorang yang biasa..seperti orang lain. Tapi ada sesuatu yang menarik Amira untuk terus mendekati Tengku. Biasanya dia hanya mendengar cerita mengenai Tengku melalui Nana, teman serumahnya. Amira tidak berminat..sekadar kenal-kenal begitu sahaja. Tapi bagaikan ada satu aura….antara dia dan Tengku.


*********************

Minggu depan, Hari raya puasa…Amira dan kawan-kawannya bersiap sedia untuk pulang ke kampung..tiket sudah dibeli..barang sudah siap di kemas…Mood raya semakin terasa..
“Selamat Hari Raya sume…elok2 balik kampung..Mintak maaf mintak ampun kalau ada buat salah” Mira bersalaman dengan semua kawan-kawan. Seperti biasa, Amira akan balik beramai-ramai dengan kawan-kawan yang senegeri..Balik kampong beramai-ramai lebih seronok berbanding balik berseorangan.

Berhari raya di kampong begitu meriah..Berjumpa dengan sanak-saudara yang sudah lama tidak berjumpa..mengeratkan lagi perhubungan kekeluagaan. Tapi Amira tidak dapat tinggal lama di kampong kerana terpaksa pulang semula ke tempat belajarnya. Seminggu di kampong tidak cukup rasanya..

“Mas, dah sampai belum kat stesen bas? Dah nak kul 9 ni.Jangan lambat”. Seperti biasa, Mas dan Amira akan pergi bersama kerana tinggal di daerah yang sama.

Keesokannya……

Tutt.tuttt…. 1 sms diterima

Mira, nanti esok abang nak jumpa Mira. Abang nak raya dengan Mira

Sms itu hanya membuatkan Amira kusut. Dia tidak mahu berjumpa dengan Fizan lagi.

Tengok la macam mana…Malas plak Mira nak trun Larkin..
Abang tak kira..abang nak jumpa dengan Mira juga. Abang nak turun gak esok. Kalau Mira malas nak pegi Larkin, biar abang cari Mira..Abang pegi umah Mira

“Ah…sudahh…macam mana ni” Amira tertanya-tanya sendirian..Agak lama dia berfkir..Dia tidak mahu Fizan datang ke rumahnya. Amira tidak mahu sesiapa mengenali Fizan kerana dia tidak mahu sesiapa tahu Fizan teman lelakinya. Bukan dia sengaja mahu menyembunyikannya..Tapi dia sendiri tidak pasti perasaannya terhadap Fizan.

Akhirnya……….

Baiklah..Biar Mira turun sana..Awak jangan datang rumah saya

Mira sudah mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Fizan esok..Biarlah dia mengecewakan Fizan sekarang. Jangan dia mengecewakan hati mereka berdua pada masa akan datang. Sementara masih ada peluang, peluang itu jangan disia-siakan.

“ Aku nak jumpa Fizan esok. Dia nak jumpa aku..Aku dh ambil keputusan nak putus dengan dia” bagitau Mira kepada Zimah dan Nana. “Kau dh fikir masak-masak ke?” Tanya Zimah. “Dah..aku rasa ini yang terbaik. Aku tak nak tipu diri aku sendiri”. “terpulang pada kau, Kalau kau rasa itu yang terbaik” ujar Zimah.

Keesokannya, dari jauh Amira Nampak Fizan tersenyum…Mira memaksa diri untuk tersenyum. Di fikirannya menyusun kata-kata yang perlu diberitahu kepada Fizan. Fizan cuba merangkul Amira dalam pelukannya. Amira menepis..menjauhkan diri Fizan..”Nape ni? Tnya Fizan..”Tak malu ke orang tengok?” Tanya Amira tidak puas hati dan dengan perasaan malu dengan orang sekeliling..Fizan cuba memegang tangan Amira..sekali lagi Amira menepis. “Please..jangan..buat biasa-biasa je”. “Mira ni nape? Tak suke jumpa dengan abang?” “tak ade ape-ape”jawab Mira..
Amira cuba untuk meluahkan apa yang ada dalam isi hatinya. Tapi tidak terluah..dia tidak sampai hati..Beberapa jam menemani Fizan, Amira meminta izin untuk pergi. Dengan alasan ada urusan yang perlu dilakukan. Setibanya di rumah…. “Mira, macam mana? Kau dah bagitau dia?” Tanya Zimah. “Belum laa..aku x sampai hati..” keluh Amira. “Takpe lah nanti aku SMS dia.

Beberapa kali Amira menaip sms kepada Fizan tapi di padam Amira…akhirnya…1 sms di hantar..1 sms pengakhiran bagi hubungannya dengan Fizan.

Salam. 1st Mira nak Mintak maaf sebab buat macam ni..Mira dh x boleh nk tipu diri sendiri..x boleh nk tipu awak. Mira cuba cinta awak tapi tak boleh. Hati Mira bukan untuk awak. Maafkan Mira..Sampai sini saja hubungan kita. Jangan ganggu atau cari Mira lagi.Mira doakan awak akan jumpa dengan org yang btl2 di ciptakan untuk awak. Saya bkn diciptakan untuk awk.

Tiada balasan dari Fizan. Mungkin terkejut dengan sms yang diterimanya…

Mira menghubungi Haris….”Hello..Assalamualaikum Haris. Mira dh putus dengan boyfriend Mira” “Wsalam..Tu keputusan Mira..Haris tak boleh nak buat apa-apa””Mira buat semua ni sebab Haris..Mira sukakan Haris” “Miraa….” Haris terdiam seketika… “Mira, mcm yang Haris cakap. Haris xpernah janji apa-apa dengan Mira. Kita serah pada takdir..” Mira hanya terdiam…..Setelah habis perbualannya dengan Haris, Amira menerima panggilan dari Fizan bertalu-talu tapi Mira tidak menjawabnya….

KORANG SUKA?

;;