Wednesday, 30 September 2009

BAB 7

Hari ini Amira mula mendaftarkan diri untuk menjalani latihan industri bersama-sama dengan Nana & Zimah. Agak membosankan kerana tiada ape-ape kerja yang diberikan kepada mereka.

"Weii..korang tak bosan ke? Aku bosan tahap cipan dah ni" sungut Amira. "Tak bosan ko cakap? Aku dah bosan giler ni. Giler pon tak bosan camni" Nana pula yang bersuara. Tiba giliran Zimah "Takkan kita nak memerap dalam bilik mesyuarat je ni? Dari pagi sampai petang. Tak boleh jadi ni"

Tiada kerja yang diberi kerana semua urusan kerajaan dan semua staff tidak boleh memberi tugasan kepada mereka sesuka hati. Mereka hanya boleh bertanya sahaja. Begitu la rutin harian mereka di pejabat. Masuk kerja jam 8pagi balik jam 5 petang. Setiap hari sehingga la genap 1 bulan.

" Saya akan hantar awak semua ke luar daerah..Awak semua akan berada di daerah yang berlainan setiap 1 bulan. Balik kemas barang. Esok pagi, driver akan hantar awak ke sana " arah Ayah Nana, selaku pengarah di Jabatan tersebut.

"Akhirnyaaaa!! Yes! dapat jugak kuar dari tempat yang membosankan tu" Amira kegembiraan. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain. Kehadiran Mereka ke daerah X disambut baik oleh semua staff di sana. Namun kegembiraan mereka hanya seketika kerana daerah yang mereka rasakan dapat memberi keseronokan rupanya hambar. Daerah X sebuah daerah yang terpencil. Talian komunikasi yang rendah, jauh dari dunia luar dan tinggal di banglo yang jarang dihuni membuatkan mereka kurang selesa. Untuk mendapatkan talian komunikasi, mereka terpaksa menggantungkan telefon masing2 samaada di tingkap bilik atau di katil. Bekalan makanan terpaksa mereka tempah untuk dihantar kepada mereka. Selepas 1 bulan, mereka kembali semula ke ibu pejabat dengan begitu banyak pengalaman dan betapa bertuahnya mereka dengan kemudahan-kemudahan yang ada hari ini.

"Dari tadi tengok semua duk pegang handphone. Macam xpenah penah dapat handphone ni nape?" tanya Ayah Nana kehairanan dengan nada yang tidak puas hati. Mereka semua hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. "Lusa kemas barang balik. Nak hantar pegi daerah Y pula" arah ayah Nana. Mereka sebenarnya agak keberatan kerana terpaksa mengemas kembali barang-barang. Sedangkan baru 2 hari mereka kembali dari daerah X. Harapan mereka daerah Y tidak akan seperti di daerah X. Daerah Y lebih meriah kerana ramai staff tapi rata-rata daripada mereka ialah lelaki. Hanya 2 orang sahaja staff perempuan.

Tanpa Amira sedari, sepanjang dia berada di sini ade mata yang memerhati gerak gerinya. Seseorang yang menyimpan perasaan kepadanya. Amira tidak menyedarinya. Cukup la Haris dan Ayie dalam hidupnya. Haris satu-satunya orang yang di sentiasa rindui dan nantikan. Ayie pula hanya pada nama..hanya pada status..Ayie langsung tidak menghubunginya. Sehingga la Amira dapat tahu Ayie berkawan dengan seorang pelajar junior. Itu pun setelah Ayie menceritakan kepadanya melalui sms. Seolah-olah bangga dengan ape yang dibuatnya.

Tadi abang kuar pegi kat Plaza L..cari tiket..abang naik motor ngn kawan p'puan..budak junior.. Balik tu ujan. Habis basah kuyup

Ayie menceritakannya tanpa memikirkan perasaan Amira. Pengakuan itu betul-betul mengguris hati Amira. Sudah lame Amira bersabar..Akhirnya...Amira membuat keputusan. Keputusan yang telah difikir semasak-masaknya.

Salam Ayie. Maaf kalau kedatangan SMS Mira kali ini mungkin akan membuatkan hati Ayie terluka. Jgn tnya kenapa. Mira dah fikir. Mungkin tiada jodoh antara kita. Mungkin kita lebih sesuai jadi kawan daripada jadi kekasih. Maafkan Mira. Kita kawan ok....

Sms daripada Mira tiada jawapan daripada Ayie. Tiada juga panggilan telefon. Mungkin itu keputusan yang terbaik untuk mereka. Sekarang Amira hanya tertumpu kepada Haris. Haris single..dia pun single..jadi tiada halangan untuk mereka melangkah ke peringkat seterusnya. Itu yang ada dalam fikiran Mira. Tapi bagaimana pula dengan Haris?

Semua yang diimpikan Amira tidak seindah realiti. Cepat betul Haris mencari pengganti. Sekali lagi Amira kecewa. Setiap kali Amira mempunya teman istimewa, Haris yang single. Dan setiap kali Haris mempunyai teman istimewa, Amira yang single. Permainan apakah ini? Mira masih tidak mendapat orang yang dia sayang. Orang yang betul2 mencuri hatinya.

Beberapa hari lagi genap la 1 bulan Amira di daerah Y. Pagi tadi mereka mendapat panggilan arahan dari ibu pejabat yang mengarahkan mereka berkemas kerana mereka akan balik semula ke ibu pejabat. Pada malam sebelum mereka bergerak balik...

Mira awak jangan la balik. Awak tinggalkan sini. Awak wt la rayuan tinggal kt sni

Amira mendapat sms daripada seorang staff yang bertugas di situ. Amira hanya tersenyum. Sejak akhir-akhirnya dia sudah dapat mengagak yang Hafiz menyimpan perasaan kepadanya.

Eh mana boleh..saya kne balik esok

Plez..awak jangan la pegi..awak wt la rayuan tgl kt sni

tak boleh..sebab lepas ni sy nak kne pergi tempat lain pula. Saya kne balik

Keesokan harinya, Amira dan kawan-kawannya bergerak balik ke ibu pejabat. Amira tidak sempat berjumpa dengan Hafiz.

Saya x sempat nk jumpe dengan awak Mira. Saya sampai2 je awak dh pegi

ala..bukannya xboleh jumpe lg..kalau awk pegi ibu pejabat, jumpe laa

Amira tidak pernah jatuh hati kepada Hafiz tetapi dia hanya suka. Tiada sedikit pun perasaan cinta. Hafiz seringkali menghantar sms mendesak Amira. Sampaikan Amira tiada pilihan. Tidak sampai hati untuk menghampakan permintaan Hafiz.

Mira saya sukakan Mira. Mira bagi la peluang untuk saya sayang Mira, jaga Mira.

Erm..nanti la Mira fikir dulu macam mana

Mira plez...terima saya..saya nak jadikan Mira isteri saya

"adoii...mamat nih..tlg laa..paksa-paksa aku lak" sungut Mira. " Ko nape Mira?" tanya Zimah. "Ko tengok la ni" Amira menunjukkan sms2 daripada Hafiz. Nana juga turut sama membaca sms itu. "Ko fikir la masak2 Mira. Ayie macam mana lak nanti" nasihat mereka berdua. Yela.. aku dengan Ayie dah xde pape". Akibat di desak dan pengalaman lepas dengan Wan membuatkan Amira tidak berfikir panjang. Amira mula bermain kata-kata. Dia sedikit pun tidak menyedari kata-kata itu mungkin akan menjeratnya satu hari nanti.

Saya terima awak..saya pun suka juga dengan awak. saya suka tengok awak main dat aritu

Itulah antara kata-kata yang menjadi racun dalam hidup Amira. Hafiz tidak seperti yang Amira sangkakan. Hafiz betul2 psiko..dia betul2 gilakan Amira. Dia sanggup buat apa saja untuk Amira. KORANG SUKA?

Tuesday, 29 September 2009

BAB 6

Gila lah die tu…ingatkan die serius..Blh plak die main2. geram betul Haris

1 sms diterima dari Haris mengejutkan Amira yang sedang merehatkan badannya di depan TV. Amira segera membalas sms daripada Haris kerana ingin tahu ape yang berlaku

Nape ni? Ape yg dh jadi? Dia tu sape?

Kawan p’puan Haris la…Dia sms cakap die eksiden. Kita ni punya la risau.. tergesa2 drive pegi tempat die. Rupa2nya die main2..nak tau Haris ni sayang die ke tak

Amira terkedu…”kawan perempuan? Girlfriend dia ke? Kenapa dia tak cakap dia ada girlfriend?” Amira hanya melontarkan pertanyaan itu dalam kotak fikirannya sendiri.

Yeke?? X patut die buat camtu. Kesian awak. Mesti awak risau..dah la bawak kete laju2..kalau awk plak yang eksiden macam mana?

Taw xpe..Geram betul Haris! Pastu Haris marah die kat situ..pastu Haris pegi camtu je..Lantak die laa…sape suh main2 benda camtu

Dari sms yang diterima, Amira tahu Haris betul2 marah..

Yeke..pastu reaksi die mcm mn?

Dia nangis2…taw la kita sayang die tp jgn la buat kje mcm tu..main2 kan orang

“Haris sayang die??” persoalan ini pula yang muncul dalam benak fikiran Amira. Entah kenapa Amira tiba-tiba rasa kurang senang hati. Ada satu perasaan yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan. Cemburukah dia??

Selepas kejadian itu, Amira masih seperti biasa dengan Haris. Cuma harapan untuk memiliki Haris sedikit pudar..Pada masa yang sama Ayie, kawannya dulu tiba-tiba menghubunginya semula. Cuba ingin memujuk dan mengembalikan hubungan mereka seperti dahulu. Amira buntu…Haris insan yang ingin dia miliki milik orang..Ayie ingin kembali kepadanya semula..

Hi Mira. Ape khabar? Sihat ke? Kt mana sekarang?

Hi..Sihat je..Lame x dengar citer. Nape tetiba je ni? Kat kampung lagi la ni

Ade..Cuma takut nak contact Mira..erm….Mira kalau Ayie cakap sesuatu leh x?

Aii..sejak bila plak takut ni?? Cakap la nk cakap ape

Mira, sebenarnya Ayie nk kita macam dulu balik..tapi bukan betul2 mcm dulu..Ayie nak kita lebih dari kawan

Fikiran Amira kosong..pertanyaan itu dibiarkan tanpa jawapan… Dia buntu..” Kenapa sekarang?? Kenapa tidak dulu?” Amira bermonolong. Dia tidak mampu membohongi hatinya sendiri kerana perasaan sayangnya terhadap Ayie masih ada. Haris? Mana mungkin dia cuba mendapatkan sesuatu yang belum pasti. Mungkin dia hanya bertepuk sebelah tangan. Mungkin betul Haris sudah mempunyai orang yang dia sayang.

Selepas beberapa hari kemudian,

Salam Ayie…Mira bagi peluang kt Ayie. Mira terima Ayie. Tapi nape baru sekarang? Nape dulu Ayie dengan Ina?

Maafkan Ayie. Ayie sebenarnya nak Mira sakit hati sebab tu Ayie dengan Ina

Sakit hati? Tapi kenapa?

Sebab Ayie rs frust sangat2 bila Mira keluar dengan budak laki aritu. Esoknya Ayie trus minta Ina couple dengan Ayie. Ayie ingat budak tu boyfriend Mira

Nape tak Tanya Mira dulu? Minta penjelasan? Mira takde ape2 pun dengan budak tu. Patut la masa Ayie terserempak dengan Mira dengan budak laki tu, Mira tengok muka Ayie semacam je.

Bermula la hubungan percintaan Amira dan Ayie. Dari sahabat mereka menjadi sepasang kekasih. Namun begitu, Haris tetap menjadi teman bicara Amira tanpa pengetahuan Ayie.
Amira akan menjalani latihan industri dan terpaksa meninggalkan Ayie di kampus. Memandangkan mereka berdua mengambil sijil yang berlainan, mereka terpaksa berjauhan.. Jika semester lepas Ayie yang meninggalkan Amira tapi kali ini Amira yang akan meninggalkan Ayie kerana menjalani latihan industri.

Disangkakan panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di tengahari. Ayie kurang memberi perhatian kepada Amira dengan alasan kredit habis, tak de duit nak top up. Amira sedih kerana Ayie sedikit pun tidak berusaha untuk hubungan mereka. Namun. Amira tetap bersabar. Kadang-kadang dia yang akan menghubungi Ayie. Dia rasakan Ayie tidak mengambil berat berbanding Haris yang sentiasa menghubunginya dan bertanya khabar.

Haris…Mira rasa kan boyfriend Mira ada orang lain kot. Dah bape bulan die x contact Mira

Boyfriend? Mira tak penah cakap pun Mira ade boyfriend

Ye..sama mcm Haris gak.. x penah cakap..Mira leh agak sendiri

Tiada jawapan daripada Haris…..Kenapa? Marah kah dia bila tahu mendapat tahu Amira sudah juga mempunyai teman istimewa? Tapi kenapa? Haris juga mempunyai teman istimewa. Adil untuk mereka berdua.

Haris xde girlfriend la Mira. Yang aritu Haris xdapat trima dia. Haris dah anggap kawan Haris je sekarang ni

Ada teman istimewa atau tidak, ianya tetap tidak menghalang mereka dari terus berkawan. Tapi tanpa mereka sedari…setiap kali salah seorang daripada mereka mempunyai boyfriend atau girlfriend, mereka akan merasa cemburu. Mereka tidak pernah meluahkan apa yang ada dalam hati mereka walaupun mereka berdua saling merasai perasaan yang sama.

Adakah Haris dan Amira akan bersama? Bagaimana pula dengan Ayie? KORANG SUKA?

Thursday, 24 September 2009

BAB 5

Selepas pertemuan tempoh hari, hubungan Haris & Mira semakin rapat. Setiap haris setiap saat sms dari Hari sentiasa menemani Amira.

Budak bucuk wt ape tu? .... Sms dari Haris

Dah nak tido dh ni..pinjam bantal peluk jap.. Balas Amira

Walaupun jarak mereka beratus2 kilometer namun setiap sms seperti mereka berada beberapa langkah..

Eh mana boleh..suka2 ati je nk pinjam bantal org

wekk..nk jugak..Mira amek sndri laa...Haris x kunci pintu bilik td

Jangan laa!! Maaa....tengok Mira masuk bilik org nih

Hahaha...ma Haris x nampak...alaa..pinjam kejap je..esk bg blk..lalala

Amira sudah kembali ke kolej... Menyambung kembali kehidupannya sebagai seorang pelajar... Kali ini Amira sudah berpindah ke rumah flat yang berhampiran dengan kampus. Walaupun agak kecil dan dengan pertambahan ahli rumah seramai 2 orang agak padat. Namun, Amira dan kawan2nya yang lain tidak perlu lagi berjalan kaki sejauh 15minit untuk ke kelas. Berdekatan dengan kemudahan asas seperti kedai, cyber cafe dan lain-lain lagi amat memudahkan mereka semua.

"Weyh, budak2 rumah Jepon perli kita" beritahu Mas geram. " Diorang cakap ape? " tanya Amira. "Diorang cakap....dah jatuh miskin ke?? dari rumah besar pindah ke flat? Dulu masa kaya berlagak..skang dah jatuh miskin...teruk betul diorg tu" ujar Mas tidak puas hati. "Hahaha...siot jew cakap camtu..Kita pindah bkn sbb dah miskin ke ape tp sebab senang duk sni. Dekat nak g kelas, senang nk g cyber cafe.." "Aku dah bagitau camtu tapi diorg gelak juga"

Penghuni rumah baru ini semakin meriah kerana semuanya dalam 1 kelas yg sama. Emi & Nana housemate baru yg pada mulanya agak malu2. Amira pula lebih selesa dengan memilih untuk tinggal seorang diri dalam 1 bilik. Namun, kehadiran seorang lagi ahli baru, Niza membuatkan hasrat Amira untuk tinggal seorang tidak kesampaian kerana semua bilik yg lain penuh. Ruang bilik Amira yang agak terhad membuatkan Amira termenung. Tapi kerana kasihan dengan Niza, Amira rela berkongsi bilik dan mereka berdua terpksa tidur di ruang tamu. Bilik hanya tempat untuk sembahyang dan menukar pakaian.

Pada suatu hari entah kenapa Amira tetiba sahaja...." Mas, hari tu kan..lepas kita jumpe dengan Haris..Malam tu aku x dapat tido" "Nape x dapat tido?" "Entah laa...asyik teringat kat die je..pusing sana tak kena..pusing sini tak kena..tengok cara die senyum ms die tggu kita sebab kita jln lambat tu..aduhh..tak tahan" "Haaa.....ko jatuh cinta pandang pertama dengan die ye?"
"Ntah laa...aku pun xtaw.." "yela tuu..hahaha...abes tu macam mana?" "Macam mana ape? mcm tu laa...secret admire la dulu..hehe"..Begitu la Mas dan Amira..Ape saje die kongsi..Tambah2 pula Amira pula suka bercerita.

1 sms di hantar oleh Amira kepada Haris

Buat ape tu?? banyak kje ke?

Yela..kje laa...Tp duk lepak2 je ni

Lorr...duk lepak2 je?? ish3..nasib baik la Haris xkeje ngn Mira. Kalau kje ngn Mira, dh lame dh kne buang kje

Tu laa...nasib baik Haris x kje ngn Mira..sebab x kje ngn Mira la Haris duk lepak2 mcm ni..haha

Haris..nk tanya sket..awek x marah ke duk sms ngn Mira ni?

Haris mana ade awek...Mira tu..p'we x marah ke?

Yela tu takde awek..ntah2 keliling pinggang..laki mn nk ngaku..Mira mmg xde p'we pon

Semester 3 Amira lebih selesa dengan status single dan tidak menjalinkan mana2 hubungan dengan pelajar2 1 kolej seperti pelajar2 lain. Cukup la Haris sebagai pemberi semangat dan teman bicara yang sudi mendengar luahan hati serta teman yang mampu menceriakan harinya.

"Mira, ape citer ngn Ayie?" tanya Mas. "Ntah..dah x amek taw pasal die..malas"

Amira sudah muak dan malas untuk mendengar cerita mengenai Ayie. " Ayie dh xde skang dalam idup aku Mas..yang ade cuma Haris " beritahu Amira

Sepanjang semester Amira bertungkus lumus untuk mendapat pointer yg tinggi. Dia juga berusaha mencari tempat praktikal memandangkan semesta hadapan Amira perlu menjalani latihan industri. Akhirnya dengan bantuan Nana, Amira berjaya mendapat tempat di salah sebuah jabatan kerajaan bersama dengan Zimah. Mereka bertiga akan menjalani latihan industri itu bersama.

"Fuh nasib baik ayah ko pengarah kat situ Nana..kalau tak, tak tahu kat mana nk apply lagi" Amira kelegaan. Nana hanya tersenyum.

Seminggu sebelum praktikal, Amira berada di kampung. Dia menunggu keputusan peperiksaannya dengan perasaan yang berdebar2. Namun Amira agak terperanjat dan kecewa kerana bukan keputusan peperiksaannya di dalam sampul surat yang ditunggunya itu. Tapi keputusan seorang classmatenya, Nyna. Rendah.....Amira makin gementar kerana melihat pointer Nyna di bawah 3.0... Terperanjat kerana belum pernah catatan keputusan begitu di dalam kelasnya. Amira segera menelefon Nyna untuk bertanya keputusan peperiksaannya.

"Hello..Nyna ye?" "Hello..ye..sape ni?" "Nyna...!! Mira nih..result Nyna sampai kat Mira. Tertukar kot" "A'a tertukar..orang baru nak call Mira " " takpe2 nanti kita tukar..eh bape Mira dapat?" "3.08" " Haa?!!! 3.08?? biar betul? Nape turun giler2 nih..dari 3.34 trun 3.08" "bape orang dapat?" "Nyna punyer 2.8" "oo..yeke?" " k lah Nyna..nanti kita jumpe kita tukar result ni..bye" "Ok..Bye"

Dengan perasaan yang amat kecewa, Amira segera menghantar sms kepada Haris

Waaa.....pointer Mira trusn giler2..sedeynya..bila pointer dah trun, kompem CGPA pon trun..xdpt la nk dpt Anugerah nanti

Mira dapat bape? Nape tetiba leh trun ni?

3.08 je..sblm ni 3.34..mn la taw tetiba je le trun..waaaa.....sedeynyaaaa

haa..!! sape suh b'cinta?? kan dah trun..

Mana ade org b'cinta..x b'cinta pon..sume org pointer turun..bkn Mira sorang



Kegagalan untuk mendapatkan pointer yg tinggi tidak menghalang Amira daripada terus berusaha..Kata-kata semangat daripada Haris mampu menenangkan hati Amira walaupun hanya untuk sekejap. Bagaimana hubungan Amira Dan Haris selepas ini? Adakah mereka melangkah ke peringkat ke 2?? KORANG SUKA?

;;