Wednesday, 3 June 2009

BAB 4

Amira sudah tidak sabar2 untuk berjumpa dengan Haris. Perasaan berdebar2 seringkali menghantui dirinya. tett..tett....1 mesej diterima

Mira, confirmkan jumpe minggu depan?? Haris cuti masa tu..balik kg gak

Mesej Haris dibalas

Yup! confirm..Kita jumpe..pape hal nt inform blk ok.

Seperti yang dijanjikan...Pada masa yang ditetapkan. Amira ditemani sahabat baikknya, Mas untuk berjumpa dengan Haris. Amira mengenakan kemeja biru berseluar jeans..tampil ringkas memang sudah menjadi kebiasaan bagi Amira. "Mas aku takut laa...macam mana la agaknye Haris tu??Kalau aku tak suka macam mana?" tanya Amira gusar. Memang diakui Amira terlalu memilih untuk berkawan. Bukan senang untuk berdampingan dengan Amira. "Alaa...ko jumpa la dulu..kawan je kan..bukan nak jadi boyfriend ko pun""Erm..yelah...tapi....kalau aku tetiba suka dia macam mana?? Sebab kalau dalam telefon aku memang suka dia..hehe""suka ati kau la Mira oii".

Haris dah sampai belum?? Mira dah sampai ni..ngan kawan Mira, Mas

tet..tett...mesej diterima

Dah sampai ke?? bawak kwn? malu la Haris mcm ni..xpe2 nt Haris bwk kwn Haris gak

"Lambat la pulak mamat ni" rungut Amira..."Ko nak jumpa dia kat mana ni Mira?" "Ntah..tak cakap pun nak jumpa kat mana" "Laa...adoiii...korang nih..set la tempat..senang nak jumpe" "Hehehe...aku lupa la...ok2 aku mesej Haris jap"

Haris nak jumpa kt ne ni?? Mira nak tunggu kat ne?? penat dah ni..dah berhabuk tunggu Haris

Tett..tett....

sori2..Ngah tunggu member ni..lambat bersiap..macam p'puan

Agak lama menunggu Haris..." Ishh...mamat nih..lambat betul..Habis make up aku" Amira bersungut di dalam hati.Tettt..tettt.....

dah sampai..Mira kat ne?? Pakai baju kaler ape??

Amira membalas mesej Haris

Depan Kedai Buku Juita ni..Pakai kemeja kaler biru..cepat skettttt!!!!

Tidak lama selepas itu...."Ehem...Mira?" sapa Haris..Amira berpaling setelah mendengar seseorang menegurnya dari tepi.."A'a Mira...Haris?", giliran Amira pula yang bertanya kembali. "Fuhhh..lega...betul Mira..ingatkan mak cik tua yang pakai baju biru tu" Haris menghela nafas lega, namun masih sempat menyakat Amira. "Huh..dah la datang lambat..dah berhabuk ni tau..nasib baik xtumbuh janggut lagi" balas Mira tak puas hati..Haris hanya tersengih2. Mas tersenyum melihat gelagat Haris dan Amira. "Nak gi mana ni?? aku dah panas nih..haus" Mas mencelah. "A'a..nak gi mana ni Haris?" tanya Amira lagi. "Erm...kita gi makan kat belakang. Bangunan Mara. Kat sana x ramai orang" "Ok je..kitorg follow..Haris bawak sebab Mira tak familiar sangat kawasan sini. Amira dan Mas mengikut Haris dari belakang.

"Mak aii...jauhnye jalan...bila nak sampai ni??" "tu laa...Haris ko ni nak bawak kita g mana ni?" Mereka berdua merungut. "Dah la jalan tu bukan main laju. Tak ingat kita ke?" rungut Amira lagi. Kelihatan dari jauh Haris menunggu mereka berdua sambil duduk di palang besi. " Lambatnye jalan...terkedek2 macam itik", Haris pula yang merungut. "Kalau perempuan tu perempuan jugak..sempat lagi berlenggang kangkung" sambung Haris lagi. Amira hanya tersipu2 malu. Walaupun dia cuba untuk bersikap selamba dengan Haris tapi Amira tidak dapat menhalang perasaan malunya yeng pertama kali berjumpa dengan Haris. Gaya dan cara Haris menunggunya membuatkan hatinya tersentap. " Comelnye dia " ujar Amira dalam hatinya..

"Jauh lagi ke Haris?" tanya Amira. "Depan tu je" jawab Haris. "Maaf la..kena jalan kaki..time ni memang susah nak dapat parking. Haris parking kete kat belakang tadi" sambung Haris lagi...Amira hanya diam sahaja..."Dah sampai..kita duduk kat sana"ujar Haris..Setelah pesanan telah diambil oleh pelayan.."So, dah lama ke sampai?" tanya Haris.."Hai boleh tanya lagi" balas Amira. " Semalam lagi kitorang sampai" sampuk Mas. Haris hanya tersenyum malu2.."Erm...orang kat sebelah tak nak kenalkan ke?" tanya Haris. "Alamak...lupa..hehe..Haris ni Mas..Mas ni Haris", Amira memperkenalkan rakan2nya sambil tersenyum. "Tu laa...aku dari tadi lagi tunggu orang kenalkan.." ujar Mas tanda protes.."Hehe..aku lupa la Mas.." balas Mira. "Tak nak makan ke?" tanya Haris.."Takpe..kenyang lagi..Mas ko nak makan?" "Aku pun kenyang lagi ni", balas Mas. "Erm..mana kawan2? cakap nak bawak kawan2 tadi kan?" tanya Amira. "Erm..diorg ada tapi pegi jalan2..malas nak jumpa Mira..menyibuk je", jawab Haris sambil menyuapkan bihun goreng yang dipesan tadi. Mira hanya memandang Haris makan sambil senyum. "Mira jangan la tengok Haris makan" ujar Haris. "Hahaha...Haris pun malu gak ke?? Eleh..aritu cakap orang yang malu. Dia pun malu gak" Mira membalas. "Ala Mira ko pun sama gak..2x5 je korang ni..Mira ni sape2 pun tak boleh tengok dia masa makan. Mesti malu..haha" sampuk Mas beserta dengan penerangan yang panjang lebar. "syhhh...bocor rahsia lak ko nih..tu lain la" balas Amira. "Yeke? haha..dia memang macam tu Mas. Mira ni ngokngek sket", giliran Haris pula yang bersuara. "uishh...korang ni satu team ke ape?? Nak kenakan aku je".

Setelah beberapa ketika bersembang dan bersembang...Haris menawarkan diri untuk menghantar mereka balik. Pada mulanya Amira agak keberatan kerana tidak mahu menyusahkan Haris. Tapi memandangkan Hari sudah lewat petang, Amira menerima pelawaan itu.

Malam itu, Amira tidak dapat melelapkan matanya. Ingatannya kepada Haris. Hatinya berdebar-debar. Amira sendiri tidak dapat mentafsir isi hatinya ketika itu. Cara Haris..gurau senda Haris....semua itu membuatkan hati Amira tidak keruan. Belum pernah perasaan ini hadir dalam hidup Amira. Perasaan ini tidak seperti perasaannya terhadap Ayie dulu. Adakah ini cinta?? Cinta pandang pertama untuk Amira?



Ikuti sambungannya dalam BAB 5..tungguuuu..... KORANG SUKA?

;;