Thursday, 21 May 2009

BAB 3

"Amira, Rie ade kawan nak kenal ngan Mira..Dia mintak no fon..Rie dah bagi dah" kata kawan sekelas Mira sambil tersengih-sengih. "Aduiii...Rie bagi nape?" soal Mira. "Ala, dia nak call je..Mira jawab je la. Nasa nama dia. Kawan baik Rie " jawab Rie lagi. "Yela2..kalau Mira rajin..Ensem ke tak? hehe..." Mira pula yang tersengih-sengih. "Mak aii Rie...da jadi tukang cari jodoh la plak" sampuk Mas.."Alaa...saje nak tolong kawan-kawan" ujar Rie lagi..

Sehinggalah pada satu malam.....tutt..tutt...deringan telefon bimbit Amira mengejutkan Amira yang hampir terlena. "Sape laa yang telefon malam-malam ni..kacau betul" ngomel Amira.."Erm..hello..sape ni??" "Assalamualaikum..Ni Mira ye?" tanya seseorang yang Amira tidak kenali.." Ya saya..sape yang bercakap ye? Ade ape?" tanya Mira lagi. " Kenal saya tak?" "Aduss..Awak tak cakap sape awak macam mana saya nak kenal" Amira masih menahan sabar. " Nasa ni..Kawan Rie..Dia ade bagitaukan saya nak call? "Oo..Nasa..ye Rie ade bagitau saya"..Bermula daripada itu Nasa selalu menghubungi Amira....Nasa sudah mula menganggap Amira lebih daripada seorang kawan. Tapi Amira hanya menganggap Nasa sebagai kawan memandangkan mereka berdua tidak pernah berjumpa. Keluarga Nasa sudah mengetahui hubungan Amira dengan Nasa. Perkara itu mungkin mengembirakan Nasa tapi tidak bagi Amira.

Amira tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap Nasa..Pada masa yang sama, tanpa Amira duga..Suatu malam satu deringan mengejutkan Amira. Amira fikir Nasa tapi nombor lain yang tertera. "Hello..Assalamualaikum" Amira menjawab panggilan itu. "Waalaikumussalam..Ni Mira kan?"tanya seorang lelaki. "Er..ye saya..Awak sape ye?" tanya Mira lagi. "Saya Haris..Kawan Nasa..Saje je saya call awak ni". Amira tiba-tiba rasa hairan..kenapa kawan Nasa yang menghubunginya. "Mana awak dapat no saya ni?? Nasa bagi ke?" tanya Mira. " Takkan la Nasa nak bagi. Saya hafal no fon awak ni. Masa Nasa call aritu, saya ade teman dia" jawab Haris panjang lebar. baru Amira ingat, semasa kali pertama Nasa menghubunginya, Nasa menggunakan telefon awam. " Nape awak tiba-tiba boleh hafal no saya? " tanya Amira lagi tidak puas hati. " Tak tahu la nape. Tetiba tergerak hati" ujar Haris lagi..

Sejak malam itu, Haris dan Amira sering berhubungan melalui sms dan juga panggilan telefon. Amira amat menyenangi kehadiran Haris. Setiap hari, sepanjang masa...Amira ternanti-nanti sms daripada Haris. Bagaikan ada satu chemistry antara mereka berdua. Setiap pagi sehinggalah waktu tidur, sms daripada Haris sentiasa menemani Amira. Nasa? Nasa tetap menjadi kawan Amira tetapi Amira cuba menjauhkan diri daripada Nasa. Bukan niat Amira untuk menjauhkan diri tapi tidak mahu memberi Nasa harapan. Harapan palsu sedangkan Amira langsung tidak mempunyai perasaan terhadap Nasa.
Bangun-bangun....!!! Dah subuh ni..anak dara apa la tak bangun lagi

Begitu lah selalunya sms yang diterima seawal pagi daripada Haris. Setiap sms daripada Haris tidak pernah megguris hati Amira kerana mereka berdua memang serupa. Selalu bergurau senda dengan kata-kata yang mungkin tidak dapat diterima oleh sesetengah orang atau dengan kata lain, gurauan yang melampau. Sindir menyindir sudah menjadi satu kebiasaan buat mereka berdua. Suka duka mereka kongsi bersama. Mereka ibarat teman bicara.

tak bangun lagi ke?? bangun-bangun la Haris oii...orang dah siap buat umah batu sebijik..dia duk tido lagi..ape nak jadi laa....Anak sape la ni?? orang kampung mana la ni?

Seperti biasa, kalau tidak Haris yang sms, Amira yang akan sms.
mak aii ni sindir ke ape?? Orang duk oversea la..sini malam...waktu tido

Sudah menjadi kebiasaan bagi Haris..Malam bekerja, pagi pula tidur. Kalau waktu Amira tidur, Haris akan mengganggu, waktu Haris tidur pula Amira yang kan mengganggu.
Oversea ke over river? Peta dunia tak siap-siap lagi ke??

Begitulah Amira dengan Haris...Masing-masing akan mencari kalau salah seorang menyepi. Tidak lengkap hidup...macam ada sesuatu yang tidak kena bagi Amira jika tidak mendapat sms daripada Haris. Kehadiran Haris sebagai kawannya, menceriakan hidup Amira yang sunyi tanpa tempat bergantung. Kehidupan seorang pelajar membuatkan Amira perlu berdikari. Hanya Haris tempat Amira meluahkan segala suka duka.

Waktu ini, Amira tidak memikirkan tentang teman lelaki. Dia ingin menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Baginya, cukuplah adanya Haris sebagai teman baiknya untuk berkongsi suka duka dan juga seseorang yang mampu membuatnya ketawa.

"oitt..ko ketawa sorang-sorang nape" pertanyaan Zimah yang juga teman serumah Amira mengejutkan Amira. "Ni kawan aku ni..macam-macam..kelakar betul. Kalau ko nak baca ko baca la..sms dari dia je..ko baca dari awal. Ko tau la nape aku ketawa" Amira masih lagi tersenyum menahan ketawa.

Semester 2 agak memenatkan bagi Amira. Terpaksa berulang alik dari kampus ke rumah sewa dengan hanya berjalan kaki. " Mira aku tengok ko makin tembam la" kata Zimah. " Hah?! Tembam?? Biar betik ko aku tembam?" balas Amira tidak percaya. "Tak tembam macam mana, pukul 3 pagi bangun-bangun mintak nasi. Semalam lagi la..Dah pukul 1 pagi,lampu dah tutup..boleh pulak dia bangun-bangun sapu jem kat roti. Sempat lagi tu makan" Mas menerangkan panjang lebar. "Hahahaha....ntah la..Aku asyik nak makan je" balas Amira. "Pastu kalau takde cadbury dalam beg tu tak sah" kata Zimah lagi.." Yelaaa....aku diet..lepas ni aku tak makan dah coklat. Pelik laa..aku makan nasi kurang je..Tapi makin bertambah-tambah tembam aku ni".

Mira akui, beratnya semakin bertambah. Mungkin kerana tabiat makannya yang agak kurang teratur. Biasanya Amira dan kawan-kawannya akan siapkan Assignment dulu sebelum makan. Kadang-kadang menjelang tengah malam baru mereka mengisi perut. " Mira ko ngan Ayie dah tak contact ke?" tanya Mas sebelum tidur. Sudah kebiasaan bagi mereka berdua, bersembang-sembang sebelum tido. " Dia ade sms aku tapi aku tak reply. Ntah la...malas la" beritahu Amira. "Aku nak tidur dah ni. Ko tutup lampu ye..Aku malas nak bangun la" Mira tersengih-sengih.."Alaa...aku pun malas jugak ni" Mas pula yang tersenyum-senyum.." Yanaaaaa....!!!!!" laung mereka serentak memanggil Yana yang berada di bilik sebelah. "Ape??" Yana menjawab dari bilik sebelah. "Kejap laa...ade benda nak bagitau ni" laung Mira lagi..Yana menjengah di pintu bilik. "Ape? Nak bagitau ape?" "Tolong tutup lampu" beritahu Amira dan Mas serentak. "Chehh...hampeh la korang nih..aku ingat ade ape" Yana tidak puas hati terasa diri dipermainkan..Amira dengan Mas ketawa serentak " Hahahaha....terima kasih Yana..lain kali boleh tutupkan lagi".

Sikap Amira yang suka bergurau senda memang telah wujud sejak dia berkawan dengan Ayie dulu. Ditambah pula dengan kehadiran Haris sekarang yang Amira rasakan satu kepala. Sebelum tidur sperti biasa juga..tett..tettt....1 msg diterima

Dah tido ke? tak wish gud nite pun..wekkk...biar mimpi hantu

"kurang asam betul la Haris ni" kata Amira dalam hati. Sms dibalas..

oitt..suka2 ati jew..wekkk...mana ade hantu..tu kat sebelah Haris tu..ade warna putih2 tu..cuba tengok kat tingkap tu..Eee....Abes laa...

tett..tett..sms diterima dari Haris lagi....

Hahaha..mana ade..orang kat ofis ni..mana ade tingkap..malam ni Hantu tido peluk Mira..best2..selamat tido dipeluk hantu ye??

Tiada perasaan takut dalam diri Amira kerana Mas ada menemaninya..

Tak takut pun...Haris tu kat ofis memang ade hantu...tengok laa...kalau kena biar padan muka..jap2 nak doa jap..mintak2 la Haris kena kacau hantu..haha..papai nak tido dulu..esk ade kelas..salam

Eh Mira jangan laa....kat sni memang berhantu pun..jgn la doa2..ok gud nite budak mucuk..

Amira hanya tersenyum...Dia gembira dengan adanya Haris..Teman tapi mesra itu lah mereka..





"Mas nanti cuti sem ni kita ko teman aku jumpe Haris ye..kitorg nk jumpe..nak kenal gak..ni asyik dalam fon jew" beritahu Amira. "Aku ok je..dah jadi kebiasaan..aku memang orang penting..hehe"

Bagaimana selepas ini?? Apa akan jadi selepas Amira berjumpe dengan Haris?? Nantikan dalam Bab 4 KORANG SUKA?

Friday, 15 May 2009

BAB 2

Kemalangan yang menyebabkan kematian Azwan sudah Amira ketahui melalui abang sepupu Azwan, Dani. Akhbar sehari selepas kematian Azwan diselongkar, dicari & disimpan kemas di dalam album.

Semester baru sudah bermula. Amira masih dalam keadaan sugul..masih dalam kesedihan.."Mira, muka kau nampak sedih sangat, sugul" ujar Mas. Amira hanya mampu tersenyum. "hi Mira takkan sedih kot..bukan ke selalu jumpa dengan si Ayie tu? aku dengar kau dengan Ayie selalu dating" sampuk Yana, yang juga kawan mereka. Amira masih lagi tersenyum kelat. Baginya tiada siapa yang mampu menyelami apa yang ada dalam hatinya ketika itu. Mas hanya tersenyum mendengar kata-kata Yana. "Sabar Mira..Aku faham", pujuk Mas..

Beberapa bulan berlalu, Amira kembali seperti biasa...Hidup mesti diteruskan...Amira & Ayie semakin mesra sehingga ada yang menyangka mereka adalah sepasang kekasih. Bagi Amira. Ayie adalah seorang kawan yang sangat disenangi..kawan yang mampu membuatkan Amira ketawa ketika berduka..kawan yang mampu membuatkan Amira melupakan segala masalah. Tapi pada masa yang sama Amira turut berkawan dengan Rezuan. Salah seorang senior di tempat pengajiannya.

Rezuan mula Amira kenali semasa Rezuan meminjamkan motornya kepada Amira. "Assalamualaikum..er..awak..nak mintak tolong boleh tak?" tanya Amira dalam keadaan serba salah bercampur segan yang teramat sangat. " Waalaikumussalam...ye? Ada apa yang boleh saya bantu? Nak pinjam motor ye?"..."Alamak macam mana mamat ni boleh tahu?" tanya Amira dalam hatinya dalam keadaan malu yang makin menebal. "Er..a'a..saya nak pergi Econsave jap..nak jalan kaki jauh pulak. Maaf la saya terdesak ni. Nak beli barang". Semasa ini Amira baru pindah ke rumah sewa. Memang menjadi lumrah, sebaik sahaja semester kedua, pelajar2 perlu menyewa di luar kampus. "Erm...ok lah..sebelum tu,saya Wan, awak? Rumah kat mana? Tapi jangan lupa isi minyak ye" "ok..terima kasih. Saya Mira. Rumah saya dekat situ je". Alhamdulilah Amira berjaya meminjam motor. Kehidupan di luar kampus agak susah jika tidak mempunyai kenderaan sendri. Lebih-lebih lagi kedudukan rumah Amira yang agak jauh dari semua kemudahan & agak jauh dari kampus.

Amira menyewa di sebuah rumah yang agak mewah dan besar. Mas, Yana, Azie dan Anom adalah teman serumah Amira. Namun, Amira lebih rapat dengan Mas, yang juga teman sebiliknya. Segala suka duka Amira, Mas tempatnya mengadu.

Pada suatu hari setelah beberapa bulan mengenali Redzuan, Amira ditemani kawan-kawan telah keluar dengan Redzuan dan kawan-kawannya yang lain. Ketika Redzuan menghantar Amira pulang, secara kebetulan Ayie datang menghantar Mas yang menumpang membonceng motornya. Ayie terus berlalu pergi tanpa melihat muka Amira. Amira cuba memanggil tapi Ayie terus memecut laju. " Alamak, kenapa tetiba boleh terserempak ni. Marah ke dia dengan aku? "

Dua hari selepas kejadian, sesuatu yang kurang menyenangkan telah sampai ke telinga Amira. Ayie mengambil tindakan drastik dengan memilih teman sekelas Amira sebagai girlfriendnya. "What?! ko biar betul ni! Ayie dengan Ina? Minah tu??" tanya Amira dalam keadaan tidak percaya. "Betul la..kalau ko tak percaya, ko tengok kat luar tu..diorang pakai baju kaler sama" beritahu Mas. "Dah heboh dah..aku tengok cam nak muntah je" beritahu Mas lagi. Bagaikan tidak percaya Ayie sanggup membuat keputusan itu tanpa mendengar penjelasannya dulu.

Amira mula menjauhkan diri dari Ayie. Tindakan Amira turut disedari kawan-kawannya. Ayie pula sibuk dengan girlfriendnya. Ada kala Ayie cuba mendekati Amira tapi Amira cuba mengelak. Tindakan Amira itu turut disedari oleh Ayie. " Nape ni? Mira macam cuba nak elakkan diri dari Ayie? Ada kelas ke?"tanya Ayie.. Amira cuba mengelak tapi Ayie menghalang laluan Amira. "Saya sibuk la..ada kelas ni. Lagi pun saya takde urusan dengan awak", balas Amira perlahan. "Sibuk sangat ke sampai xde masa nak balas sms saya?" tanya Ayie lagi. " Ina kan ada..buat apa cari saya lagi", dalam nada sindiran Amira berlalu pergi meninggalkan Ayie. Tanpa menoleh lagi..Amira tidak tahu apa reaksi Ayie ketika itu. Baginya biarlah Ayie makan hati sebagaimana dia rasa dengan tindakan Ayie itu.

Ina, kekasih Ayie selalu memandang sinis pada Amira.. " Apa masalah perempuan tu? pandang aku semacam. Macam la cantik sangat. poyo je lebih..huh.." rungut Amira tidak puas hati. " Ala Mira..dia kan dah dapat Ayie " balas Mas. " Ala kalau setakat Ayie tu, berlambak lagi..sekali aku petik jari,10 yang datang". "Wahhh....berlagak ko ye Mira..ko jangan..nanti si Ayie tu jugak yang ko cari " sampuk Yana.. Amira hanya mencebik. Sejak Ayie dengan Ina, Amira memang pantang melihat mereka berdua. Setiap kali ternampak mereka, darah Amira menyirap. Amira tahu dia cemburu tapi dia tetap menafikan perasaannya itu.

Suatu hari. classmate Amira, Tihah datang bertandang ke rumah Amira untuk menyiapkan tugasan berkumpulan . "Mira ko dengan Ayie penah ada apa-apa ke dulu?" tanya Tihah. "Nape ko tanya macam tu?", Amira tersentap dengan pertanyaan Tihah. "Takdelah aku terdengar Ina dengan budak-budak rumah aku mengumpat pasal ko". Kebetulan Tihah dan Ina adalah housemate. "mengumpat pasal ape?" tanya Amira ingin tahu. "takdelah sebab cara diorang cakap tu macam Ina tu dah menang sebab dah dapat Ayie. Pastu ko ni macam sword" beritahu Tihah umpama seorang reporter. " huh..menang apanya..aku dengan Ayie bukan ada ape-ape. Nape lak cakap aku macam sword? tanya Amira kehairanan. "Er...kira macam ko ni pencabar la..sword tu kan tajam. Macam ko nak rampas Ayie dari dia" beritahu Tihah lagi. "Perghh...ni yang buat aku marah ni. Sape yang rampas sape ni? oo...td cakap die menang. sekarang cakap aku rampas. Ok korang tengok la nanti. Sape yang akan menang. Aku ke dia?", ujar Amira dalam keadaan yang membuak-buak. "Sabar Mira..",seperti biasa Mas menjadi penenang. "arghh...korang tengok la nanti. Setakat Ina tu...bukan si Ayie tu nak sangat..", Amira masih dalam keadaan tidak puas hati.

Walaupun begitu, Amira tidak lah menunjukkan yang dia mahu merampas kawannya semula, Ayie. Amira masih waras..baginya takkan sekali-kali dia menjatuhkan maruah kerana seorang lelaki. Kata-kata itu hanyalah terkeluar kerana terlalu marah. Amira hanya membiarkan Ayie dibuai cinta dengan Ina . Ayie tidak lagi dia hiraukan. Apa sahaja kisah Ayie dipekakkan telinga, dibutakan mata. Memang agak sukar baginya kerana Ayie juga di bawah jabatan yang sama. Setiap hari dia disajikan oleh drama swasta Ayie dan Ina. Perasaan cemburu tidak lagi menjalar dalam hatinya tapi bertukar menjadi sedih kerana dia tidak lagi mempunyai kawan seperti Ayie. Ketiadaan Ayie menjadi satu kehilangan.

"Nape aku sedih? Nape aku cemburu dengan Ayie dan Ina? Aku dengan Ayie bukannya ada ape-ape. Kawan je..", sampai masa ini Amira masih menafikan perasaannya sendiri. Perasaannya dia menyayangi Ayie, perasaannya sukakan Ayie..

KORANG SUKA?

Tuesday, 12 May 2009

BAB 1

Biar selebat mana pun hujan turun, sampai waktunya kelak ia akan berhenti.Mentari akan menyinar cemerlang dan langit pasti biru kembali. Burung-burung pastinya berterbangan & berkicauan lagi. Rerama akan kembali mengunjungi bunga yang berkembangan dan angin akan meniup setiap inci alam dengan belaian mesra. Cinta akan bercambah, tumbuh mekar & harum selamanya, selagi ada makhluk bernama manusia.....

Perasaan berdebar-debar dan terasing menyelubungi Amira. Hari ini hari pendaftaran pelajar baru. Amira bergaya ringkas dengan mengenakan baju kurung berwarna pink & bersepatu yg dibelinya khas untuk hari pendaftaran ini.

"Tak ramai orang lagi. Baik aku beratur cepat" Amira berkata dalam hati. "Ma,Abah...Along beratur dulu ye". Along nama panggilan Amira dalam keluarganya. Amira seorang anak pertama yg berasal dari keluarga yang sederhana. Walaupun sebelum ini dia pernah kecewa kerana tidak dapat menjejak kaki ke Universiti, namun dia bersyukur kerana masih lagi berpeluang melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA di selatan tanah air. Dia menerima tawaran dalam jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan dengan senang hati.
Selesai sesi pendaftaran, Amira bergegas ke asrama perempuan. " Alaa...dah ade orang masuk dulu..tak sempat nak chop tempat " Amira merungut kerana terlewat tiba di biliknya. Tiba-tiba.. " Hi..saya Rokiah. tadi dah nampak awak masa kat dewan. tak sangka pula satu bilik" Rokiah cuba beramah mesra, Amira cuma tersenyum. Memang menjadi kebiasaan bagi Amira yang lebih suka senyum jika bertemu dengan orang baru. Masih janggal baginya, ditambah pula dengan perwatakannya yang agak pendiam dan pemalu.


*** Seminggu selepas orientasi


" Hari ni dah start masuk kelas..takutnye..macam mana la agaknya suasana dalam kelas nanti " Walaupun perasaan takut dan berdebar-debar silih berganti, namun Amira bernasib baik kerana ada Mas menemaninya. Seorang kawan yang dikenalinya semasa orientasi. Secara kebetulan mereka juga coursemate..
"pergh...ensemnye mamat ni.." mata Amira tertumpu kepada seorang classmatenya yang berbangsa cina, Lim.
Sesi pembelajaran berjalan macam biasa. Amira sudah mula dapat membiasakan diri dengan kehidupan di kampus. Dia tahu dia perlu berdikari. Suatu hari Amira terpaksa ke kelas bersendirian tanpa ditemani kawannya Mas. Sedang dalam perjalanan dari jauh dia ternampak dua orang pelajar lelaki yang berjalan bertentangan dengannya. Amira yang memang terkenal dengan sifat pemalunya terus memandang ke hadapan tanpa melihat sesiapa. Bagaikan ada hijab dan hanya dia yang berada di situ pada masa itu. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu yang menarik perhatiannya... "Minah tu jalan x pandang kiri kanan..Aku yang ensem ni dia buat macam tunggul kayu je" kata salah seorang daripada pelajar lelaki dengan nada tidak puas hati. Amira hanya menguntum senyuman bila terdengar kata-kata itu.


********


Hari ini lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Semasa lawatan tersebut ada salah seorang pelajar lelaki yang menarik perhatian Amira. Mata Amira terus tertumpu kepadanya " Macam penah nampak la mamat ni tapi kat mana ye?"
Selepas lawatan itu, Amira mula rapat dengan Ayie. Pelajar lelaki semasa lawatan ke Melaka. Walaubagaimana pun Amira masih gagal mengingati di mana dia melihat Ayie sebelum ni. Hingga la pada suatu hari. "Mas, ko ingat x mamat yang tak puas ati tu? Alaa..yang dia cakap dia tunggul kayu tu..Ayie la tu". " hahaha " Mas & Amira ketawa serentak. "Nape la aku x perasan sebelum ni". Hari semakin hari hubungan Amira & Ayie semakin akrab tapi sebagai seorang sahabat sahaja.
Pada masa yang sama Amira juga berkawan dengan Azwan. Kawan yang dikenalinya melalui kawan semasa di sekolah menengah. Hubungan Azwan & Amira hanya melalui telefon sehingga la pada cuti semester, Azwan & Amira berjumpa tapi ditemani kawan masing-masing. Dalam diam rupanya Azwan menyimpan perasaan terhadap Amira. Walaubagaimanapun, Amira dapat membaca isi hati Azwan melalui sms2 yg diterima. Sehingga la pada suatu malam...kringggg...kringggg......" Hello" jawab Amira. " Hello, Assalamualaikum. Wan ni" jawab Azwan dalam keadaan gugup. "Waalaikumussalam Wan. Ada apa call malam-malam macam ni?" tnya Amira mamai.."Er..sori Mira malam-malam ganggu Mira. Mira dah tido ye?". "Erm...yelaa....dah pukul 2pagi ni". "Sebenarnye...Wan rindukan Mira", Azwan cuba berterus terang. "Erm..yeke?" balas Mira masih dalam keadaan mengantuk. "Mira, sebenarnya Wan nak Mira jadi girlfriend Wan", kata-kata Azwan menyedarkan Amira daripada tidur. "Hah! Wan jangan main-main Wan..Kot ye pun nak gurau agak2 laa..taw la arini 1 April"."Wan serius ni Mira..tak main-main". Amira tidak lagi diulit mimpi, kini hatinya berdebar-debar. "Er..mcm ni la Wan. Hari pun dah malam ni. Bagi Mira masa ok.Mira nak tido ni". "Erm..yela Mira..Wan tunggu jawapan Mira. Gud nite sayang. I miss You". Talian dimatikan dalam keadaan Amira yang terpinga-pinga.


*****************


Selang seminggu, Amira menghantar sms kepada Azwan

Salam Wan..Mira minta maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan Wan. Mira sygkan Wan tp sebagai kwn je. Kita kawan k. klu ade jodoh ade la kita..

Tiada balasan dari Azwan. Amira mula risau. "Marah ke Wan dengan aku? Benci ke dia dengan aku?". Sejak hari itu, Amira tetap cuba sms tapi tiada balasan dari Azwan. Sehinggalah....tett..tettt....


Salam Mira..maaf la wan xde kredit. ni baru top up..biasa la loan xmasuk lagi..sengkek skang ni..
Yeke? Mira Ingat Wan marahkan Mira
Mira ni..mana boleh Wan marahkan Mira. Wan kan sayang Mira..


Amira terpaksa membuat keputusan begitu kerana tidak mahu sebarang komitmen. Sedangkan dalam dirinya sudah mula tumbuh bibit-bibit cinta terhadap Ayie. Amira semakin sibuk dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan. Hubungannya dengan Azwan & Ayie berjalan dengan lancar. Mereka berdua menjadi teman rapat kepada Amira. Amira sangat menyenangi Ayie kerana sikapnya yang kelakar manakala Azwan yang begitu mengambil berat.
Kesibukan Amira pada tugasan dan ujian akhir membuatkan Amira terlupa kewujudan Azwan yang berada di Melaka. Tapi Azwan sempat menghubungi Amira semasa study week. Perbualan dengan Azwan membuatkan Amira takut dan risau..


Mira, Wan accident lagi.. ni dah masuk kali ke dua bulan ni
hah? teruk ke?? pastu Wan ok ke x??
Wan takut kalau jadi untuk kali ke-3. Kalau jadi jugak mesti Wan dah takde
Wan jangan cakap macam tu. Wan jangan la naik motor lagi. Wan hati-hati tau. Mira sayang Wan
Mira, kalau Wan ada buat apa-apa kesalahan wan minta maaf tau. Mira jaga diri baik-baik. Belajar sungguh-sungguh. Tolong ma dengan abah.
Nape Wan cakap macam ni? Mira tak suka la..
Mira...Kita tak tahu bila kita akan pergi. Sebelum apa-apa Wan nak minta maaf awal-awal..Dan Wan nak Mira janji belajar sungguh-sungguh, tolong keluarga Mira.
Ye Wan..Mira maafkan ..Mira pun nak mintak maaf sebab kecewakan Wan. Mira janji akan belajar sungguh-sungguh, tolong keluarga Mira.. dah la Wan...takde apa-apa yang akan jadi kat Wan.. Wan jaga diri baik-baik.. Nanti kalau ada apa-apa masalah kita contact lagi ok..
OK Mira..nanti Wan call Mira lain kali..Assalamualaikum
Waalaikumussalam


*************


Final exam dah habis. Amira merancang untuk keluar ke bandar bersama dengan Mas dan Ayie setelah beberapa hari pulang ke kampung.. " Dah lama Wan tak call aku..dia ok ke x?" tanya Amira kepada diri sendiri.."Eh, korang aku nak call kawan aku jap. Dah lama dia tak call aku..rasa tak sedap hati la pulak"..Berkali-kali Amira mendail nombor Azwan tapi tiada jawapan. Sepanjang hari Amira berpura-pura gembira di depan Mas & Ayie.
Sampai di rumah Amira terus menghubungi Azwan sekali lagi..tuttt..tutttt....talian disambung..kedengaran suara perempuan yang angkat


Assalamualaikum..sape ni?? Wan ade?
Waalaikumussalam. Ni sape??


Pertanyaan daripada perempuan itu membuatkan Amira melenting


Saya kawan Wan. Nape? panggil Wan cepat saya nak cakap dengan dia


Tiba-tiba Amira dapat mendengar suara perempuan itu menahan hiba. "Nape plak ni" tanya Amira dalam hati.


Wan dah takde..dia dah meninggal semalam


Talian dimatikan. Amira tergamam. Tanpa suara. Yang hadir hanyalah titisan-titisan airmata. Amira menangis dan masih tidak percaya dengan berita yang baru diterimanya. Amira mula menyalahi diri sendiri kerana tidak menerima Azwan sebelum ini. " Nape Wan tinggalkan Mira ", Amira menangis teresak-esak. Telefon di dail sekali lagi..


Mas...Wan dah takde. Nape dia tinggalkan aku?? Nape aku xtunaikan permintaan dia.. kalau aku tahu, mesti aku dah terima dia..
Betul ke ni Mira?? Bila? Kenapa?? Sabar ye Mira..dah ketentuan Allah.. Mungkin ada hikmah kenapa kau tak terima Wan. Kalau kau dengan Wan couple, kau lagi sedih..sabar ye Mira..
Aku tak percaya dia dah takde...aku tak tahu punca kematian dia...aku tak sempat nak tanya


Mira masih tidak dapat menerima berita kematian Azwan..Mira juga tidak mengetahui punca kematian kawannya itu.....








KORANG SUKA?

;;